Generasi pertama (2000–2006) Honda Insight

Generasi pertama (ZE1)
Maklumat
PengeluaranDisember 1999–September 2006
Tahun model2000–2006
PemasanganSuzuka, Mie, Jepun
PenggantiHonda Insight (generasi kedua)
Honda CR-Z
KelasKereta subpadat
Stail badanHatchback 3 pintu
EnjinSistem Hibrid Honda
Petrol: 1 L Siri ECA I3 (995 cc (60.7 cu in)) pembakaran nipis 12 injap SOHC
67 hp (50 kW)
Elektrik: 144 V
10 kW (13 hp)
ULEV/SULEV
PenghantaranManual 5 kelajuan
CVT (2001–2006)
Jarak roda2,400 mm (94 in)
Panjang3,945 mm (155.3 in)
Lebar1,695 mm (66.7 in)
Tinggi1,355 mm (53.3 in)
Berat CurbManual tanpa pendingin udara 838 kg (1,847 lb)
Manual dengan pendingin udara 852 kg (1,878 lb)
CVT dengan pendingin udara 891 kg (1,964 lb)

Dibina berasaskan kereta konsep Honda J-VX yang mula didedahkan pada semasa Pertunjukan Kereta Tokyo 1997 , Insight mula diperkenalkan di Jepun pada November 1999 [7] serta merupakan kereta pengeluaran pertama yang menampilkan sistem Bantuan Motor Bersepadu Honda. Pada bulan berikutnya iaitu Disember 1999, Insight menjadi kereta hibrid pertama yang dipasarkan di Amerika Utara, mendahului Toyota Prius sebanyak tujuh bulan.[8] Ia menampilkan rekabentuk aerodinamik optimum serta struktur aluminium yang ringan bagi meningkatkan kecekapan bahan api serta mengurangkan pelepasan asap.

Honda Insight IMA

Enjin petrol yang digunakan merupakan enjin Siri ECA 1 liter 3 silinder sebaris dengan kadaran kuasa kuda 67 hp (50 kW; 68 PS), 1-liter, Siri ECA 3 silinder jenis pembakaran nipis dengan nisbah udara-bahan api yang boleh jadi setinggi 25.8 : 1.[9] Motor elektrik bantuan menambah kuasa enjin sebanyak 10 kW (13 hp) lagi serta tambahan kilasan 49 N-m apabila diperlukan. Ia juga boleh bertindak sebagai penjana elektrik semasa nyahpecutan serta semasa membrek bagi mengecas bateri, di samping menjadi motor penghidup Insight.[10] (Ia boleh menambah kecekapan bahan api serta rintangan kekaburan brek tanpa menambah berat tanpa berspring). Semasa kereta tidak bergerak, contohnya semasa lampu isyarat merah, enjin dimatikan. Paparan digital pada papan pemuka menunjukkan kadar penggunaan bahan api. Pada model transmisi manual, anak panah atas dan bawah mencadangkan masa paling sesuai untuk menukar gear. Insight menggunakan teknologi hibrid Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda generasi pertama. (Generasi seterusnya pada Honda Civic Hybrid lebih menjimatkan ruang.) Honda Insight mempunyai enjin 3 silinder 1.0 L serta motor elektrik tanpa berus lampau nipis 10-kW yang dipasang pada aci engkol.[11] Enjin tersebut mengguna pakai bahan aluminium, magnesium dan plastik bagi mengurangkan berat.[10] Di bawah tempat duduk terletak bateri NiMH komersial gred "D" yang menghasilkan voltan nominal 144 V DC. Semasa pecutan kuat, arus elektrik setinggi 100 ampere dikeluarkan daripada bateri NiMH semasa motor elektrik menghasilkan kuasa tambahan; semasa nyahpecutan pula, motor tersebut bertindak sebagai penjana elektrik serta mengecas bateri melalui proses pembrekan jana semula, mengecasnya dengan arus sehingga setinggi 60 ampere. Satu modul kawalan komputer mengawal berapa banyak kuasa yang datang dari enjin pembakaran dalaman serta berapa banyak kuasa dari motor elektrik; dalam varian CVT pula, ia turut mengira nisbah gear optimum. Meter tolok pada papan pemuka memantau status bateri, penggunaan bahan api, serta mod motor elektrik — sedia, bantu enjin atau cas bateri. Penggunaan tayar bertekanan tinggi dengan rintangan golekan yang rendah serta minyak sintetik berkepekatan rendah "0W-20" kedua-duanya membantu menjimatkan minyak.

Model asal Insight menggunakan transmisi manual konvensional. Bermula tahun 2001, varian CVT Insight mula didapati; CVT yang digunakan adalah serupa dengan CVT yang digunakan pada Honda Civic Hybrid dan Honda Logo. Transmisi manual biasa menukar antara beberapa nisbah enjin ke roda yang ditetapkan; walau bagaimanapun, CVT membolehkan pertukaran satu set nisbah gear yang tidak terhingga antara gear terendah dan gear tertinggi. Memandangkan ia lebih berkuasa daripada kebanyakan penghidup elektrik kereta, motor elektrik Insight boleh menghidupkan enjin dengan serta-merta. Sistem Bantuan Motor Bersepadu dikendalikan oleh satu "Unit Kuasa Pintar (IPU)", satu kotak bersaiz komputer meja. Unit Kuasa Pintar, Unit Kawalan Kuasa, Unit Kawalan Elektronik, bateri kereta, penukar serta penyongsang arus bervoltan tinggi kesemuanya ditempatkan di bawah lantai kargo kereta, di bawah kerusi.[11]

Rujukan

WikiPedia: Honda Insight http://autospeed.com/cms/A_110187/article.html http://www.autoweek.com/apps/pbcs.dll/article?AID=... http://www.businessweek.com/news/2010-03-18/honda-... http://www.caranddriver.com/features/09q3/the_trut... http://reviews.cnet.com/8301-13746_7-10056658-48.h... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune_arc... http://www.detnews.com/article/20090511/AUTO01/905... http://automobiles.honda.com/insight-hybrid/blogde... http://corporate.honda.com/GovRelations_DCTM/Press... http://world.honda.com/news/2009/4090218Hybrid-Veh...